Wednesday, October 15, 2008

MAKAN MALAM BERSAMA MOHAMAD SABU

Sesiapa yang berminat, sila dapatkan kupon dengan nama-nama di bawah:

Ustaz Shaharizulkarnain : 014 8424548
Ustaz Nazari Alias : 019 9218421
Sdr. Faizul : 013 9277330

Saturday, October 11, 2008

CONTOH BANTUAN

Kelihatan Ustaz Shaharizulkirnin, Pengerusi Lajnah , sedang menyampaikan sedikit bantuan
kepada Zakaria.
Lelaki yang terlantar dalam gambar di atas ialah Zakaria Yusof , berusia 32 tahun ketika kami ziarah, menghidapi penyakit kepala yang membesar sejak berusia kurang setahun, akibat demam panas. Anak sulung daeri tujuh adik beradik tersebut sring menyuarakan hasrat untuk memiliki katil beroda bagi meringankan beban ibubapanya yang terpaksa bersusah payah mengangkatnya siang malam untuk ke sana ke mari, terutamanya ke tandas.

Bapanya mengakui anaknya mendapat bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM200 sebulan tetapi ia hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Beberapa tahun lalu, TV3 pernah memaparkan penderitaan beliau. Begitu juga Harian Metro juga pernah menyiarkan kisahnya 15 tahun lalu.

Alhamdulillah pada tahun lalu (2007), kami dari Lajnah Kebajikan DPPNT menyampaikan bantuan katil beroda yang disumbangkan oleh salah seorang ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.

MARI MENYUMBANG UNTUK DANA TA'AWUN

Thursday, October 9, 2008

Tolong Kami , Bantu Kami

"KALI TERAKHIR KAMI MAKAN, MALAM SEMALAM"


Petikan dari SinarHarian Edisi Terengganu 9 Oktober 2008.

SUNGAI BUAYA-Saya tidak tahu kepada siapa harus saya mengadu, bekalan beras sudah kehabisan. Kami terakhir kami dapat makan nasi adalah pada malam semalam, itupun belas ihsan adik ipar saya yang memberikan kami sekilo beras untuk dimakan anak beranak, untuk tengah hari ini(semalam) dan esok belum tentu lagi."kata seorang ibu kepada enam anak yang kini dalam kesempitan, tinggal di sebuah rumah papan berdekatan hutan nipah dekat sini.
...........................................

Begitulah keluhan seorang ibu yang terdesak mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. Menurut laporan akhbar tersebut lagi, keluarga tersebut menggunakan bekalan air dari paip pecah yang berada tidak jauh dari rumah sewa mereka, kerana bekalan air sudah dipotong kerana sudah lama tidak dibayar. Bayaran sewa rumah pun sudah tiga bulan tertunggak dan kini pemiliknya dfalam proses untuk menghalau mereka anak beranak.

Dua daripada lima anaknya terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer setiap hari ke sekolah kerana suaminya tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar mereka. Suaminya pula tidak mempunyai kerja tetap.

Kami berharap ada pembaca budiman yang sudi membantu meringankan beban mereka. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala berlipatkaliganda.

Wednesday, October 8, 2008

SALAM TA'ARUF

Assalamualaikum warahmullahi wabarakatuh,

Salam ta'aruf buat semua. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk menggandakan usaha mengumpul dana bagi menampung kewangan aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

InsyaALLAH cerita dan berita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Wassalam.