Thursday, October 9, 2008

"KALI TERAKHIR KAMI MAKAN, MALAM SEMALAM"


Petikan dari SinarHarian Edisi Terengganu 9 Oktober 2008.

SUNGAI BUAYA-Saya tidak tahu kepada siapa harus saya mengadu, bekalan beras sudah kehabisan. Kami terakhir kami dapat makan nasi adalah pada malam semalam, itupun belas ihsan adik ipar saya yang memberikan kami sekilo beras untuk dimakan anak beranak, untuk tengah hari ini(semalam) dan esok belum tentu lagi."kata seorang ibu kepada enam anak yang kini dalam kesempitan, tinggal di sebuah rumah papan berdekatan hutan nipah dekat sini.
...........................................

Begitulah keluhan seorang ibu yang terdesak mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya. Menurut laporan akhbar tersebut lagi, keluarga tersebut menggunakan bekalan air dari paip pecah yang berada tidak jauh dari rumah sewa mereka, kerana bekalan air sudah dipotong kerana sudah lama tidak dibayar. Bayaran sewa rumah pun sudah tiga bulan tertunggak dan kini pemiliknya dfalam proses untuk menghalau mereka anak beranak.

Dua daripada lima anaknya terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer setiap hari ke sekolah kerana suaminya tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar mereka. Suaminya pula tidak mempunyai kerja tetap.

Kami berharap ada pembaca budiman yang sudi membantu meringankan beban mereka. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala berlipatkaliganda.

No comments: