Sunday, November 23, 2008

GAMBAR ZIARAH MANGSA RIBUT HUJAN AIR BATU

Ini sebahagian dari gambar2 yang diambil ketika ziarah Lajnah Kebajikan melalui DanaTaawun DPPNT ke rumah mangsa2 Ribut Hujan Air Batu yang 'menerbangkan' atap2 rumah mereka. Penulis difahamkan bahawa ada sejumlah 18 buah rumah yang dilanda musibah tersebut. Hanya kira2 8 buah rumah yang diberi bantuan oleh pihak kerajaan melalui YB Dun Langkap. Manakala 10 buah rumah lagi dinafikan hak mereka semata2 mereka di'cop' sebagai penyokong pembangkang. Di manakah perikemanusiaan? Walaubagaimanapun, alhamdulillah Pemuda Dun Langkap bersama2 orang kampung bertungkus lumus mengadakan gotong royong memasang dan menggantikan atap2 yang bocor bagi 10 buah rumah yang tidak mendapat pembelaan tersebut.

Tengok betapa uzurnya atap rumah ini. Macam kena peluru penabur!!! Ini antara rumah yang belum sempat di'gotongroyong'kan...


Di sebelah kiri adalah Ustaz Yusri, antara tenaga penggerak pemuda dun Langkap. D tengah yang sedang duduk pula ialah Ustaz Shaharizulkirnin, Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT, yang juga Ketua Pemuda DPP Setiu. Tepi kanan sekali ialah Ustaz Faizul, Setiausaha L.Kebajikan DPPNT.

Tuesday, November 11, 2008

CERAMAH PELANCARAN DANA TAAWUN

Khamis, 30 Oktober- Sebaik sahaja selesai Majlis Makan Malam Dana Taawun, Tuan Haji Mohamad Sabu diiringi ke tapak Ceramah Pelancaran Dana Taawun DPPNT di Padang Kampung Tanjung, bersebelahan dengan Surau Kampung Tanjung. Pada awalnya, pengunjung tidak berapa ramai kerana hujan lebat turun. Setelah hujan reda, orang ramai mula sedikit demi sedikit hadir tetapi kehadiran tidak sebagaimana dijangkakan. Walau bagaimanapun, Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai seorang pimpinan pusat yang berjiwa besar, tetap bersemangat meneruskan ceramah beliau sebagaimana dirancang.

Ceramah dimulakan dengan Pengerusi majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Sha'arizulkirnin Abdul Kadir, Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT sendiri. Kemudian diikuti oleh Ustaz Nazari Alias, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT merangkap Setiausaha Pas Kawasan Setiu. Kemudian, Ustaz Azman Syafawi Abdul Ghani , Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyampaikan ceramah beliau.

Kemuncak majlis pada malam itu ialah Ceramah oleh 'Abang Mat Sabu' , seterusnya merasmikan Pelancaran Dana Taawun DPPNT dengan pengisytiharan Derma.

Wallahu a'lam.

MAKAN MALAM BERJAYA!

Alhamdulillah pada 30 Oktober 2008 lalu, kami berjaya menganjurkan Makan Malam Dana Ta'awun DPPNT di Restoran BB Seafood Garden Gong Badak. Seramai lebih kurang 120 tetamu hadir pada majlis tersebut.

Majlis bermula jam 8 malam dengan kehadiran tetamu-tetamu yang 'membeli' kerusi dan meja. Tetamu yang diraikan dan ditunggu-tunggu Tuan Haji Mohamad Sabu hadir jam sekitar jam 8.40 malam.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT. Kemudian pengerusi menjemput al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Ghani untuk menyampaikan sepatah dua kata. Kemudian pengerusi terus menyerahkan majlis kepada Tuan Haji Mohamad Sabu untuk berucap. Tetamu-tetamu begitu khusyuk mendengar ucapan 'Abang Mat Sabu' sehingga terlupa perut sedang meragam kelaparan. Beliau menceritakan pengalamannya yang baru kembali dari Lubnan bertemu dengan pimpinan dan pejuang Islam di sana. Beliau menceritakan bagaimana hebatnya pejuang-pejuang di sana yang menitikberatkan soal kebajikan masyarakat. Hizbullah disanjung tinggi oleh masyarakat Lubnan kerana mereka terkehadapan dalam menjaga kebajikan rakyat. Mereka sentiasa proaktif dalam menyampaikan bantuan kemasyarakatan.

Beliau juga sangat-sangat bersetuju dan menyokong penuh usaha pemuda dalam mengumpul dana untuk kebajikan rakyat. Sambil berseloroh, beliau memberi contoh makan malam yang kaum Cina biasa anjurkan, kebiasaannya akan dapat mengumpul dana berpuluh ribu ringgit dengan hanya menghidangkan bihun goreng sahaja! Inikan pula Makan Malam kami yang menghidangkan masakan-masakan panas yang sederhana mahal, sudah tentu pada jangkaan beliau akan mengumpulkan lebih banyak dana.

Pihak Lajnah Kebajikan DPPNT dan pengurusan Dana Taawun mengucapkan jutaan terima kasih , Jakamullahu khairal kathira kepada semua penyumbang-penyumbang yang budiman.

p/s:Gambar-gambar Makan Malam akan menyusul kemudian.