Tuesday, November 11, 2008

CERAMAH PELANCARAN DANA TAAWUN

Khamis, 30 Oktober- Sebaik sahaja selesai Majlis Makan Malam Dana Taawun, Tuan Haji Mohamad Sabu diiringi ke tapak Ceramah Pelancaran Dana Taawun DPPNT di Padang Kampung Tanjung, bersebelahan dengan Surau Kampung Tanjung. Pada awalnya, pengunjung tidak berapa ramai kerana hujan lebat turun. Setelah hujan reda, orang ramai mula sedikit demi sedikit hadir tetapi kehadiran tidak sebagaimana dijangkakan. Walau bagaimanapun, Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai seorang pimpinan pusat yang berjiwa besar, tetap bersemangat meneruskan ceramah beliau sebagaimana dirancang.

Ceramah dimulakan dengan Pengerusi majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Sha'arizulkirnin Abdul Kadir, Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT sendiri. Kemudian diikuti oleh Ustaz Nazari Alias, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT merangkap Setiausaha Pas Kawasan Setiu. Kemudian, Ustaz Azman Syafawi Abdul Ghani , Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyampaikan ceramah beliau.

Kemuncak majlis pada malam itu ialah Ceramah oleh 'Abang Mat Sabu' , seterusnya merasmikan Pelancaran Dana Taawun DPPNT dengan pengisytiharan Derma.

Wallahu a'lam.

No comments: