Friday, December 12, 2008

PEMUDA PAS BANTU MANGSA KEBAKARAN BAIKI RUMAH

Pemuda Pas bantu mangsa kebakaran baiki rumah

KAMPUNG BUKIT KUANG - Belia Pas Cawangan Kampung Bukit Kuang mengambil tindakan segera membantu Zilani Awang, 44, yang rumahnya hangus terbakar pada bahagian atas di Jalan Mahang, Kampung Bukit Kuang di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, golongan belia sibuk memecahkan dinding dan membersihkan kawasan persekitaran bagi membaik pulih rumah berkenaan.

Menurut Ketua Pemuda Pas Cawangan Bukit Kuang, Azman Mohd, seramai 30 belia ditugaskan melakukan kerja pembersi-han dan membaik pulih.

“Pihak kami menjalankan kerja ini secara percuma, saya kasihan dengan kesusahan Zilani yang pasti memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk pada ketika ini,” katanya yang menjangkakan kerja berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh seminggu.

Menurutnya, dengan bantuan golongan pemuda, kerja ini akan menjadi lebih mudah dan beliau kagum dengan semangat belia yang sanggup bersusah untuk membantu golongan yang memerlukan.

Azman turut mengharapkan lebih ramai belia Kampung Bukit Kuang yang tampil menolong demi memastikan Zilani sekeluarga mendapat kediaman yang selesa.

1 comment:

smith said...

Different methods like laying odds after hitting your level or taking 카지노사이트 free odds can convey the house edge right down to as little as zero