Alhamdulillah pada
30 Oktober 2008 lalu, kami berjaya menganjurkan Makan Malam Dana Ta'awun DPPNT di
Restoran BB Seafood Garden Gong Badak. Seramai lebih kurang
120 tetamu hadir pada majlis tersebut.
Majlis bermula jam 8 malam dengan kehadiran tetamu-tetamu yang 'membeli' kerusi dan meja. Tetamu yang diraikan dan ditunggu-tunggu
Tuan Haji Mohamad Sabu hadir jam sekitar jam 8.40 malam.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNT. Kemudian pengerusi menjemput al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Ghani untuk menyampaikan sepatah dua kata. Kemudian pengerusi terus menyerahkan majlis kepada
Tuan Haji Mohamad Sabu untuk berucap. Tetamu-tetamu begitu khusyuk mendengar ucapan
'Abang Mat Sabu' sehingga terlupa perut sedang meragam kelaparan. Beliau menceritakan pengalamannya yang baru kembali dari Lubnan bertemu dengan pimpinan dan pejuang Islam di sana. Beliau menceritakan bagaimana hebatnya pejuang-pejuang di sana yang menitikberatkan soal kebajikan masyarakat.
Hizbullah disanjung tinggi oleh masyarakat Lubnan kerana mereka terkehadapan dalam menjaga kebajikan rakyat. Mereka sentiasa proaktif dalam menyampaikan bantuan kemasyarakatan.
Beliau juga sangat-sangat bersetuju dan menyokong penuh usaha pemuda dalam mengumpul dana untuk kebajikan rakyat. Sambil berseloroh, beliau memberi contoh makan malam yang kaum Cina biasa anjurkan, kebiasaannya akan dapat mengumpul dana berpuluh ribu ringgit dengan hanya menghidangkan bihun goreng sahaja! Inikan pula Makan Malam kami yang menghidangkan masakan-masakan panas yang sederhana mahal, sudah tentu pada jangkaan beliau akan mengumpulkan lebih banyak dana.
Pihak
Lajnah Kebajikan DPPNT dan pengurusan
Dana Taawun mengucapkan jutaan terima kasih , Jakamullahu khairal kathira kepada semua penyumbang-penyumbang yang budiman.
p/s:Gambar-gambar Makan Malam akan menyusul kemudian.